Isnin, 27 Oktober 2014

Midnite Blues


Oh My God! Lots of work, but too lazy to do. Still haven't touched any of the assignment..  
Taken from Digimon Adventure Evolution. It's just an anime soundtrack (90s kid). People said it is just a stupid cartoon, the truth it is beautiful and you can find so many lessons through it. The song is in Japanese. 
Yet, it carries more message and much meaningful that the dumb Bieber and Minaj song. 
I considered one of my favourite songs of all 

Braveheart - Believe in your heart

Ayumi Miyazaki


逃げたりあきらめるコトは 誰も
一瞬あればできるから 歩く続けよう
If given a second, anyone can give up and run 
So just keep on walking 


君にしかできないコトがある 青い星に
光がなくせぬように
There's something only you can do 
So that this blue planet doesn't lose it's 
light 

つかめ! 描いた夢を
まもれ! 大事な友を
たくましい自分になれるさ
知らないパワーが宿る ハートに火がついたら
どんな願いも 嘘じゃない
きっとかなうから。。。Show me your brave heart
Seize the dreams you had!  
Protect your beloved friends! 
You can become stronger 
Unknown power dwells in your heart, when its fire is lit 
Any wish, it's true 
Will surely be granted...show me your brave heart


晴れの日ばかりじゃないから たまに
冷たい雨も降るけれど 傘ひろげよう
Not every day is sunny, so sometimes 
Even though a cold rain is falling, just open your umbrella 

生き方に地図なんかないけど だから自由
どこへだって行ける、君も
There's no map of how to live, that's why we're free 
You can go anywhere


はしれ! 風より速く
めざせ! 空より遠く
新しい自分に逢えるさ
知らない勇気が眠る ハートに気をついたら
胸の中のどしゃぶりも
きっと止むから。。。Show me your brave heart
Run faster than the wind! 
Aim farther than the skies! 
You can meet a new you 
Unknown courage sleeps in your heart, and when you realize 
The downpour in your heart 
Will surely stop...show me your brave heart
 


つかめ! 眩しい明日を
まもれ! 愛する人を
たくましい自分になれるさ
こわせ! 弱気な君を
くずせ! ぶつかる壁を
熱い鼓動 武器になるから
Believe in your heart
Seize the bright tomorrow! 
Protect the ones you love! 
You can become stronger 
Break that weak self! 
Destroy the walls blocking you! 
The warm beat of your heart will be your weapon 
Believe in your heart
 






Isnin, 4 Ogos 2014

PERBEZAAN KEHIDUPAN BERHARI RAYA

Ramadan keempat keluarga abang din bertandang kerumah untuk berbuka puasa sekali.Sebelum pulang sempat akak ipar aku tanya.. ‘baju raya tahun ni kaler apa’Ermmm.. ‘tak tau la kak kaler apa’Kemudian mak masuk… ‘dah tua2 nak baju raya apa lgi dah..’


Prinsip berhari raya

Kanak-kanak

Hari raya itu terbina dengan 2 atau 3 pasang baju baru berkemampuan. Kebiasaannya sepasang baju melayu dan sepasang baju kasual.
Jenama dan fesyen kurang diutamakan. Yang penting hari mesti serba baru
Tidak sempurna hari raya jika tiada element keduniaan ini
Seterusnya, duit raya memainkan peranan penting bagi menghidupkan suasana raya golongan ini. Berkunjung dari rumah ke rumah tanpa segan silu.. bahkan rumah orang tak dikenali juga diibaratkan seperti rumah sanak saudara.
Tidak juga terkecuali bunga api dan juga mercun. Antara pemain tegar dari adalah kalangan kelompok2 umur ini
Malam raya secara umumnya adalah masa untuk menghabiskan stok bunga api dan juga mercun. Seakan-akan menghitung detik keramat hari raya pada keesokan harinya.
Tiada berkira-kira akan soal wang ringgit dan perbelanjaan rumah. Segala-galanya adalah hari raya.. tiada istilah kopak selepas raya melainkan hanya hitungan duit raya berkepol-kepol.
Secara asasnya, element-element ini sudah cukup untuk menghidupkan kemeriahan raya mereka..  segalanya di dunia ini bagi mereka yang terbaik adalah hari raya.

15 tahun lepas - Syapit, Sapuan, Aku dan Zharif
4 sekawan yang dah bawa jalan masing-masing. Rindu pulak zaman kecik-kecik dulu2

Remaja

Bajuraya masih lagi element penting, tetapi jenama dan trend membentuk element tersebut agar segak di mata rakan-rakan yang datang bertandang.
Duit raya masih lagi penting, tetapi rasa malu mula terbit untuk meminta duit raya daripada sanak saudara keluarga. Tersipu-sipu malu untuk menerima angpau dari kaum keluarga
Permainan api mula ditinggalkan.. bergerak kepada element yang lebih berat seperti mercun berkuasa tinggi.. sesetengah mereka langsung telah meninggalkan arena ini.
Lebih suka menghabiskan masa menonton rancangan dan drama istimewa di televisyen di malam raya  berbanding menghabiskan masa di luar rumah..
Fasa peralihan yang begitu drastik bercampur baur antara menghabiskan masa di rumah ataupun berseronok bersama rakan2.

Dewasa

Baju raya bergantung kepada individu. Mula tidak kisah akan baju baru untuk hari raya. Soda, Jefferson, Pierre Cardin, Valentino, CK, Armani Exchange.. jenama mewah di setiap sudut.. Tetapi kemeriahan membeli baju baru kian dilupakan. Pemikiran lebih mendalam kepada penghayatan bulan puasa.. Tambah tolak dalam timbangan amal. Pemberhentian penerimaan duit raya dan mula mengira kocek sendiri bagi memberi duit raya.. Kematangan membelenggu diri.. perkiraan mengenai kerja, hutang, dan keluarga.
Malam raya dihabiskan dengan mengemas rumah dan mengisi sampul angpau sambil memikir apa yang patut dihidangkan kepada tetamu esok.. Mula mengira-ngira berapa sepatutnya wang yang harus dikeluarkan untuk duit raya. Berapa yang harus diisi untuk sanak saudara, berapa yang harus diisi untuk jiran tetangga dan berapa yang harus diisi untuk insan istimewa. Fikiran mula bersawang2 memikirkan perbelanjaan sebelum semasa dan selepas raya. Tanggungan adalah sendirian berhad..
hari raya tahun ni bersama dengan anak saudara baru, Muhamad Umar

Dimanakah aku?
Masih lagi diantara remaja dan juga dewasa… Belum lagi berkira-kira untuk mengeluarkan duit raya dari kocek sendiri kerana diri sendiri masih tiada pendapatan seperti muda mudi lain.
Berbalik kepada pertanyaan kakak… Pakaian raya hanya sekadar pakaian, faktor baru atau lama bukan lagi kepentingan, tiada lagi kemeriahan disebalik sepasang baju melayu dan juga sepasang kemeja polo berserta seluar denim.
Jadi, jawapannya 
ya, hanya sehelai baju perang kelabu asap.. Cuba menyerap kembali element kemeriahan raya, tetapi masih dirundung kesedihan pemergian Ramadan.. Masalahannya bukanlah kerana AidilFitri…tetapi selepas AidilFitri itu sendiri… kerana sambutan ini bukan berkitar hanya pada hari raya.. tetapi proses sebelum, semasa dan selepasnya..
Mula mengenang kembali keseronokan raya semasa kanak-kanak… mungkinkah zaman itu akan kembali??









Selasa, 8 Julai 2014

Sakit hati pulak tengok status student aku dekat facebook ni..

Kejadian ini sering terjadi diantara perkiraan pelajar  berumur 13 tahun sehingga umur 15 tahun..
Masuk kelas, budak2 bising.. sir… ada fb tak, nak boom wall sir…
‘Err… sat-sat, boom wall tu natang apa…’
Cikgu-cikgu ni join facebook sejak awal penubuhan laman muka buku ni lagi.. tahun 2008

Kamu masa tu baru darjah dua, ni baru pertama kali dengar istilah boom.. Rata-rata anda ni suka di-boom kan... Pelik...
Masing-masing sibuk meng-update status jiwang kelaut yang entah apa-apa..



Tak payah la nak update mintak couple dengan orang lain, buruk sangat nampak
Dan juga tak perlu nak promote id weechat dekat facebook
 terutamanya bagi adik-adik pelajar perempuan.. tinggikan sikit maruah adik... jangan dipijak-pijak lagi... nanti hilang kemelayuan kita..


Guru-guru di sini hampir2 muntah hijau dah baca status adik2 pelajar..
Adik-adik pelajar, belajar dulu na… baru setapak belajar, ada beribu batu lagi kena lalui,
Umur baru ja nak akil baligh… tak payah la duk papa mama sangat..
Kerja sekolah yang cikgu bagi pun tak reti nak siapkan lagi, dah plan nak nikah… hebat adik-adik pelajar ni...cikgu yang dah tua bangka ni pun takut nak lagi nak sembang soal nikah. Adik-adik pelajar dah siap plan nak ada berapa orang anak...


Cikgu pun guna facebook jugak, kalau setakat nak buat perkongsian jiwa dengan gambar2 menarik tu tak salah pun. 

tapi biar berhemah berintelek dan something meaningful a.k.a bermakna ye, bukan macam status Meh...

kalau adik2 post status macam>>>

'seronok main lintah dalam parit'
atau
'takjub melihat mempelam masak'
atau
'kejar ayam kampung keliling umah tokwan'

maka ia amatlah hebat daripada status-status seperti>>>








hampa kawin pun belum dah pikir nak bermadu
Cheq2 semua tolong tunggu besaq sikit na kalau nak post pasal isu kekeluargan dan rumahtangga ni..

Mengamuk kawan aku  sorang ni sebab kerenah kawan2 adik ni..
* guru SMK Jabi


·         Tahun 2014 – nak tengok mentality pemikiran anak-anak zaman sekarang, tengoklah wall facebook mereka... 
    Semoga Hidup Kita Lebih Bahagia Dari Apa yang Kita Paparkan di Laman Muka Buku ini







Rabu, 2 Julai 2014

Kenapa semua mesti jatuh???
Asal aku pegang ja jatuh, asal jatuh ja mesti aku yang pegang..
Kenapa mesti aku langgar kaki kerusi yang tak pernah bergerak
Kenapa mesti aku langgar kipas angin yang kepalanya hanya berpusing 180˚ darjah di depan tetamu dalam rumah..
Kenapa botol kicap saus manis mesti jatuh dan pecah smpai menghitamkan langsir asrama kuo & merosakkan keyboard dan tetikus aku..
sous manis kegemaran zaman berzaman

Kenapa mesti aku lupa nak buang pen dari poket baju masa nak masukkan ke dalam mesin basuh smpai berwarna warni baju kemeja aku
Kenapa mesti periuk gulai tertumpah sampai melimpah-ruah masa ak nak makan nasi?

Adakah benda ni malang ataupun sumpahan
Ataupun suratan atau kebetulan
Bila jadi, ada saja yang pandang sinis..
Kalau diikutkan hati mau saja ckap
“awat... hampa duk jege- jege apa.." macam dalam video Bruce Lee tu


Kelam kabut, Chemerkap, Clumsy..
Setengah2 orang memang mcm tu.. tak kerja ni mula la cari kerja… sebab apa sesetengah orang ni kelam kabut sangat. Rupa-rupanya ada udang di sebalik batu.
Lepas tiga empat hari buat research pasal ni rupa- rupanya sikap ada kaitan dengan ciri- ciri fizikal individu tu sendiri.
Ikut kajian.. sesiapa yg asalnya kurus dari lahir sehingga besar beliau2 ni kurus. mereka mempunyai kemungkinan untuk ada personality ni
Orang yang kurus dari azali ni berkemungkinan menjadi orang yang gemuruh..
mereka2 ni jugak akan kelam kabut ketika buat something..
Sikap kelam kabut mereka2 disebabkan mereka aktif dan suka bergerak pantas kerana fizikal mereka2 ni yang ringan dan kecik ibarat pipih dilayang .

Manusia2 ni jugak senang tertekan dan mudah berserabut bila mana mereka2 ni dibebani kerja yang banyak
Orang2 ni jugak agak penakut terutamanya bila nak buat keputusan besar.
Keburukan mereka ni... kadang2 mereka suka buat sesuatu sebab sukakan penghargaan dan belaian orang lain.. tapi bukanlah sampai tahap riak dan takabbur tu


Betul atau tidak?
Nak mengiyakan pun tidak.. nak menidakkan pun tidak.. mungkin secara kebetulan aku memenuhi icriteria tu..

Kesimpulannya bila la aku nak berisi sikit ni..



* ada tak manusia2 yg sama macam spesis macam aku ni..terutamanya kepada gadis yang makan Vitamin C Shaklee tu. ;D

Yang ni den tak berapa setuju…
nasib baik tak masuk dalam list cita-cita

Selasa, 1 Julai 2014

Saya Bakal Che-gu

25 June 2014
Pengakhiran Kepada Sebuah Permulaan

Apa cita-cita kamu?

Ahli Bomba cikgu…
Doktor cikgu….
Pilot cikgu….

 

Masa kecik2 dulu, mcm2 cita2 kita… sama jugak dgn kami… konon nak jadi navy….

Tapi perancangan Allah lagi hebat..

Masuk pendidikan menengah.. diri mula kenal dunia. Bertukar cita2 ke ahli farmasi..
Ditakdirkan masuk ke Matrikulasi mengejar cita2 yg satu
Tapi perancangan Allah lagi hebat
Tiga bulan di matrik, tawaran menjaga guru tiba
Kami sahut tawaran tu… lupakan impian masa kecil..  masih lagi dgn angan2 phamacist..
3 bulan dekat matrik… kejutan datang2.. tawaran ke IPG.. kampong kami ckap masuk maktab
Takdak la prestige macam university..
Dua minggu pikir… nak ambik yg mna ni..
Tanya ayah.. ayah cakap pikir betul2..
Tanya mak… mak ckap.. masuk maktab la.. senang masa depan..
Tanya abang dengan akak… takpa.. msuk ipg dulu.. nti smbung la master. jadi pensyarah..

Jadi CIKGUU!!!.. Biar betul.. Tak pernah ada kami impian nak jdi cikgu…

Akhirnya kami pilih untuk masuk ke IPG...
Kalau dikirakan… masuk cikgu ada la dalam list cita- cita yg kelapan belas…
Kami masih lagi masih lagi musykil adakah kepala kami masuk air ketika itu?? 
Masuk IPG… mcm dunia baru the movie.. Lain sangat.. SKEMA.. Tapi betul juga.. nama pun nak jadi cikgu…
Dua tahun setengah di maktab.. kami masuk UPSI.. kononnya twinning dengan oversea… tapi UPSI ja yang kami mampu…

Dua tahun lagi di UPSI.. rasa hebat sekejap… menumpang di Universiti ni..
Mula terdetik betulkah kami nak jadi guru ni bila mula praktikal sebagai guru pelatih..
Masa mula-mula sekali masuk sekolah untuk program apa entah... tengah keliru lagi, betul ke ak nak jadi cikgu ni????


BETUL KA KAMI NAK JADI GURU NI…???

Ditakdirkan praktikal di SMK Tunku Abdul Aziz…
Belum lagi masuk, ramai dah warning.. ‘dik…sekolah ni sekolah bermasaalah ni..’
Masalah mana la sgt.. kami asal sekolah all boys… setakat disiplin tu tak kesah sgt…
Kerek seyh… masuk2 sekolah baru tau… first week dpat relief ja kelas ujung2…
Macam nak menangis ja rasa.. students keluar masuk suka hati.. siap boleh main kejar2 dengan kita lagi…
Bila mula lesson, nak masuk kelas rasa berat ja…
Terdetik.. ikhlas ka aku mengajar ni…
Setiap hari sepanjang praktikum pikir pasal mengajar je… bila kami tidur ja kami masuk dunia kami sendiri…
Yang terpaling tak seronok bila pensyarah atau guru pembimbing datang observe… lemas perut dari mula smpai abih
Sedar-sedar dh 4 bulan… kejap ja masa berlalu..
Macam- macam kami belajar… sedia kah kami nak jadi guru untuk tempoh 35 tahun akan datang ni???
Kami tamatkan latihan kami dengan perasaan bercampur baur… sedih, gembira, lega
Maka berakhirlah satu permulaan…

Orang hebat-hebat kata,

"Seorang guru dinilai bukan dari dirinya, tetapi dari murid-muridnya..."

Cikgu- cikgu senior kat sekolah kami pulak selalu cakap, 
" Tugas guru ni bukan sekadar mengajar subjek tapi mengajar tentang erti kehidupan tu sendiri"



- The important thing is not so much that every child should be taught, as that every child should be given the wish to learn - John Lubbock


Antara Huyan Dan Mimpy, Padang Bulan & Cinta di Dalam Gelas

Lepas Negeri 5 Menara dan Ranah 3 Warna, smbil menanti Rantau 1 Muara yang belum-belum ditranslasi lagi… hampir-hampir setahun tak ku jenguk arena ilmiah ni…
Mula2 minat baca dengan thriller sejarah trilogy Laksamana Sunan dan Bagaikan Puteri… err.. novel jiwang melayu… sory..tolak tepi… beralih pulak kepada semi-autobiography A.Fuadi… mengungkap kesusahan berjuang untuk hidup pada zaman kanak2.. dah jadi feveret ak plak lepas jemu dengan cerita thriller dan suspense ni. Selalu jugak auk bandingkan hidup aku dengan kanak2 dalam novel ni.. bayangkan aku seperti Lintang dalam tetralogy Laskar Pelangi ataupun Alif yang lahir di Desa Maninjau dalam Negeri 5 menara mahupun Boi dalam Cinta di Dalam Gelas.. walaupun kisahnya nyata jauh berbeza

Sekarang lepas setahun, terjumpa koleksi Adrea Hirata dan Nippan ni…



Dwilogi Karya Andrea Hirata… nama novelnya pun dah unik.. Cinta di Dalam Gelas dan juga Padang Bulan… bercerita bagaimana Enong yang kematian bapa dan hilang tempat bergantung… muncul sebagai pendulang wanita pertama dalam sejarah. Sambil di selang seli dengan cerita Boi dan Detektif M. Nur.
Kalau nak kata kita susah sebab kena pegi sekolah kayuh basikal, bayangkan bagaimana Boi dan Captain Chip kayuh basikal hampir 16 batu semata untuk menggunakan akses computer. Dalam ni jugak ada cerita macamana catur dijadikan liga semacam liga bolasepak EPL… main catur.. satu2nya permainan yg sampai sekarang aku tak faham lagi cara nak main… beza juga cara hidup org Indonesia ni dengan kita… walaupun masyarakat kampong jauh dari pembangunan tapi budaya harian macam masyarakat kelas pertama.. pakcik2 dekat semenanjung Malaya ni pun paling hebat main dam haji dekat kedai kopi ja.. walaupun kedai kopi sekarang banyak yang dah kena ganti kedai mamak… aspek ilmiah jgak sikit tinggi dalam ni yang kadang2 aku sendiri tak leh nak tangkap mesej novel ni.. kebangkitan Enong dalam Liga Catur sebagai the first ever woman player.. sedikit sebanyak mesejnya pasal gender2 inequality ni..




Dah abih khatam dua buku ni ak sambung dengan novel terjemahan dari Siam ni


Antara Huyan dan Mimpy.. boleh dikatakan novel terbaik dikeluarkan dari selatan Siam..
Kisahnya semacam sama. Masih berkisar dengan kesusahan duniawi mengejar ilmu dan mimpi..
Bercerita bagaimana Huyan yang kematian ibu terpaksa berhenti sekolah menjadi penjual aiskrim jalanan… setiap aiskrim hanya dapat 5 sen.. kerja separuh mati pun baru dapat dua ringgit sehari… hebat orang negeri luar.. kenapa kita kat sini malas sangat… ataupun kenapa aku ni malas sangat?? Corat coret hidup Huyan berubah dengan Mimpy… dari penjual aiskrim kepada penyeludup beras siam dekat sempadan Malaysia… bangga sekejap sebab Malaysia pun masuk dalam novel masyhur ni…


Kalau nak dibandingkankan kesusahan dekat negeri kita jauh beza dengan negeri orang.. Lintang sanggup kayuh basikal 70 km semata2 nak belajar… dekat negeri kita, ada bas berhawa dingin siap lagi pun anak2 malas nak pegi sekolah lagi.  

Teringat ayat dalam Surah Ar Rahman yang ustaz mokhtar selalu baca masa solat maghrib dekat STAR dulu-dulu.. tersengguk-sengguk masa solat sebab panjangnya bacaan dia...



          
 ”Maka nikmat Tuhanmu yang


 manakah yang kamu dustakan?