PERBEZAAN KEHIDUPAN BERHARI RAYA
Ramadan keempat keluarga abang din bertandang kerumah untuk berbuka puasa sekali.Sebelum pulang sempat akak ipar aku tanya.. ‘baju raya tahun ni kaler apa’Ermmm.. ‘tak tau la kak kaler apa’Kemudian mak masuk… ‘dah tua2 nak baju raya apa lgi dah..’
Prinsip berhari raya
Kanak-kanak
Hari
raya itu terbina dengan 2 atau 3 pasang baju baru berkemampuan. Kebiasaannya
sepasang baju melayu dan sepasang baju kasual.
Jenama
dan fesyen kurang diutamakan. Yang penting hari mesti serba baru
Tidak
sempurna hari raya jika tiada element keduniaan ini
Seterusnya,
duit raya memainkan peranan penting bagi menghidupkan suasana raya golongan
ini. Berkunjung dari rumah ke rumah tanpa segan silu.. bahkan rumah orang tak
dikenali juga diibaratkan seperti rumah sanak saudara.
Tidak
juga terkecuali bunga api dan juga mercun. Antara pemain tegar dari adalah kalangan
kelompok2 umur ini
Malam
raya secara umumnya adalah masa untuk menghabiskan stok bunga api dan juga
mercun. Seakan-akan menghitung detik keramat hari raya pada keesokan harinya.
Tiada
berkira-kira akan soal wang ringgit dan perbelanjaan rumah. Segala-galanya
adalah hari raya.. tiada istilah kopak selepas raya melainkan hanya hitungan
duit raya berkepol-kepol.
Secara
asasnya, element-element ini sudah cukup untuk menghidupkan kemeriahan raya
mereka.. segalanya di dunia ini bagi
mereka yang terbaik adalah hari raya.
![]() |
| 15 tahun lepas - Syapit, Sapuan, Aku dan Zharif 4 sekawan yang dah bawa jalan masing-masing. Rindu pulak zaman kecik-kecik dulu2 |
Remaja
Bajuraya
masih lagi element penting, tetapi jenama dan trend membentuk element tersebut
agar segak di mata rakan-rakan yang datang bertandang.
Duit
raya masih lagi penting, tetapi rasa malu mula terbit untuk meminta duit raya
daripada sanak saudara keluarga. Tersipu-sipu malu untuk menerima angpau dari
kaum keluarga
Permainan
api mula ditinggalkan.. bergerak kepada element yang lebih berat seperti mercun
berkuasa tinggi.. sesetengah mereka langsung telah meninggalkan arena ini.
Lebih
suka menghabiskan masa menonton rancangan dan drama istimewa di televisyen di
malam raya berbanding menghabiskan masa
di luar rumah..
Fasa peralihan
yang begitu drastik bercampur baur antara menghabiskan masa di rumah ataupun
berseronok bersama rakan2.
Dewasa
Baju
raya bergantung kepada individu. Mula tidak kisah akan baju baru untuk hari
raya. Soda, Jefferson, Pierre Cardin, Valentino, CK, Armani Exchange.. jenama
mewah di setiap sudut.. Tetapi kemeriahan membeli baju baru kian dilupakan. Pemikiran
lebih mendalam kepada penghayatan bulan puasa.. Tambah tolak dalam timbangan
amal. Pemberhentian penerimaan duit raya dan mula mengira kocek sendiri bagi
memberi duit raya.. Kematangan membelenggu diri.. perkiraan mengenai kerja,
hutang, dan keluarga.
Malam
raya dihabiskan dengan mengemas rumah dan mengisi sampul angpau sambil memikir
apa yang patut dihidangkan kepada tetamu esok.. Mula mengira-ngira berapa
sepatutnya wang yang harus dikeluarkan untuk duit raya. Berapa yang harus diisi
untuk sanak saudara, berapa yang harus diisi untuk jiran tetangga dan berapa
yang harus diisi untuk insan istimewa. Fikiran mula bersawang2 memikirkan
perbelanjaan sebelum semasa dan selepas raya. Tanggungan adalah sendirian
berhad..
![]() |
| hari raya tahun ni bersama dengan anak saudara baru, Muhamad Umar |
Dimanakah aku?
Masih
lagi diantara remaja dan juga dewasa… Belum lagi berkira-kira untuk
mengeluarkan duit raya dari kocek sendiri kerana diri sendiri masih tiada
pendapatan seperti muda mudi lain.
Berbalik
kepada pertanyaan kakak… Pakaian raya hanya sekadar pakaian, faktor baru atau
lama bukan lagi kepentingan, tiada lagi kemeriahan disebalik sepasang baju
melayu dan juga sepasang kemeja polo berserta seluar denim.
Jadi,
jawapannya
ya, hanya sehelai baju perang kelabu asap.. Cuba menyerap kembali element kemeriahan raya, tetapi masih dirundung kesedihan
pemergian Ramadan.. Masalahannya bukanlah kerana AidilFitri…tetapi selepas
AidilFitri itu sendiri… kerana sambutan ini bukan berkitar hanya pada hari
raya.. tetapi proses sebelum, semasa dan selepasnya..
Mula
mengenang kembali keseronokan raya semasa kanak-kanak… mungkinkah zaman itu
akan kembali??




