Selasa, 20 Disember 2011

Jangan Kita Angkuh....


Jangan pandang hina pd Org yg sedang lalai , jauh dr agama . Siapa tahu , kelak dia balik kpd islam n menjadi Lebih elok dari kita . Jangan pandang hina Org yg bergelumang dgn maksiat . Siapa tahu kita yg sering solat Lima waktu di surau , di masjid , bagaimana akhir usia kita ? HIDAYAH itu RAHSIA ALLAH . Kasih sayang ALLAH melebihi kemurkaannya !~o

Jumaat, 28 Oktober 2011

TERMENUNG SEJENAK TERINGAT dari BENTENG ke TEmbok S.T.A.R



BILA ORANG LAIN BALIK BERCUTI KE KAMPUNG, BLOK JADI SUNYI SEPI.. TERINGAT BALIK KENANGAN INDAH, PERIT, PAHIT DAN MANIS DEKAT S.T.A.R DULU. HAISH...MACAM-MACAM....





GANG...GANG...GANG
(bunyi abang akmal hashim, timbalan ketua umum, ketuk loker blok putih aras tanah)

kring...kring...kring...
( bunyi kunci kereta Waja cikgu Izaheri... warden yang garang dan guru sejarah terbaik kami.. walaupun hanya perlahan tapi cukup menakutkan )

 kemudian "sorong papannnnn,tarik papannnnnnn...buah keranjiiii dalam perahuuuu.suruh makannnnn,dia makannnnnn.suruh bangun subuh,dia tak mahuuuuu!!!" 
Xpun ungkapan ni – “saya kira sampai tiga, tak turun katil jaga….”
( dengan suara sengaunya Cikgu Shahnun. A.k.a Anja Asmara. guru teraktif yang STAR pernah ada... kerana beliau jugalah kami selalu nyorok bawah katil ataupun belakang loker)
kelakar jugak bila teringat warden wanita, cik rossaliza....datang mengejut junior yang tidur dgan keadaan terbuka dan terdedahnya... kelam kabut cari selimut... yang dah terbang ke kawan sebelah...

TANG...taNG...taNG
(unik dan pelik.. bunyi cikgu saifullah ali jobran dengan kayu kriketnya ( maaf kerana kami pernah menggelarkan anda "jogras"). Macam nak runtuh katil double decker kami...)
pernah jugak beliau bawa spray air sejuk... ibarat terkena renjutan 10 000 volt elektrik.. pernah jugak badan basah lencun macam baru lepas berenang kuak kupu-kupu sebab  disimbah pakai cebok...
tetapi yang paling menakutkan

SIIUT....SIIUT...... bunyi desiran rotan
 (cikgu Kamaruddin.. PK HEM paling grang dalam sejarah (c ode name RINGGO ) dengan rotan satu meternya... mengopak mimpi indah kami... anehnya.. kami hanya terjaga bila rotan menjengah ke tapak kaki.... maka kemudian kelihatanlah penghuni rumah hitam lari bertempiaran menuju ke surau al-hamdaniah.. 
Tiba di surau al hamdaniyah masing kembali  bertongkat dagu tidur.. kadang2 air liur mengalir mcam sungai Ipoh yg bertoksik….)

Masih terngiang-ngiang sehingga sekarang, terkadang motosikal pak guard lalu lalang di blok L1 disangka warden...
kita memang benci satu ketika dulu, tapi sangat lucu bila terkenang balik.....

Walaupun 5 tahun hidup yang dissangka perit kami gagah lalui...skrg rasa rindu kembali saat tu... 
tahun pertama di rumah putih.. cantik tapi penuh misteri... di sini mula belajar berdikari.. bersama abg2 prefect yg garang
tahun kedua di rumah hijau, asrama tinggalan. kelihatan seperti markas tentera jepun yang rongak tingkap nya dah roboh pintunya ... 

foto daripada afdholl. kelihatan blok hijau di tengah diapit blok putih di kiri dan blok  kuning di kanan..masih lagi kukuh slepas separuh abad

tahun ketiga dan keempat kembali sistem rumah sukan inggeris... berpindah jauh ke blok yg satu ketika dahulunya amat ditakuti oleh junior..blok hitam dan biru. mula terasa apa itu seniority. mula terdedah kepada aktiviti fly dan sebagainya.
 tahun kelima merupakan alam indah bagi kami...ditempatkan di bungalow ( blok f1)
tiada lagi kongkongan.. tiada lagi bertentang mata dengan senior.

Penyakit "fly". boleh dikatakan tiada student yang terkecuali... walaupun ketua umum dan president badan pelajar islam dan juga pengerusi masjid. masing2 sukakan kejutan adrenalin di kala keluar mahupun terserempak warden yg lepak-lepak di taman chempaka.
hari terakhir bergelar pelajar -
bersama mus,maw dgn rakan bungalow  fly ke Kinta City










Mcm2 perkara aneh kita lalui.... berjalan di kota ipoh sekitar jam 3 pagi...di kejar anjing semasa fly... terpaksa menghadap hidangan ikan keramat setiap mggu... berebut tempat semasa makan beradap... 
masih lagi teringat abg adam effendy.. ketua umum terbaik bagi kami.. memberi ceramah..  pelajar form 5 sendiri hormat ketika  beliau sampaikan kuliah maghrib




gelanggang basket - tapak perhimpunan -
lokasi pelajar ditahan kerana tiada nametag
Outing dan inspection...
 bagi penghuni all boys school ni...

sangat tertunggu-tunggu waktu outing..satu-satunya waktu bersuka ria

sering menghantar spy bagi menyelidik siapa gerangan warden yang akan melakukan inspection. pernah semasa f1 dan f2, aktiviti lari 50 round menjadi agenda selepas inspection semasa pemerintahan ayahanda tuan haji ariffin... 

Sebenarnya semua kita sentiasa masuk ke alam baru... alam nilah yang mengajar kita baik dan buruk. pahala dan dosa. alam ini jugalah yang mengajar kita menghadapi segala macam masalah sendirian tanpa ibu-bapa...
ramai jugak yang jatuh, ada juga yang tersungkur.... alhamdulillah, 5 tahun belajar di S.T.A.R ajar ak berjuta perkara baru....di sini jgak kita  belajar melindungi rakan-rakan.kita belajar menyayangi sesama saudara. masa-masa ni mmg senang leka.... solat mmg selalu tinggal.. tapi sekarang syukur... kita sedar dan berubah....

Starian 048 - masing2 telah berpecah bertebaran mencari ilmu di bumi Allah
Apa yang pasti,waktu subuh kini tidak ada lagi jeritan warden.tidak ada bunyi siren pada pukul 11.30 malam.tidak ada padang luas terbentang dan bau bubur chacha di dining hall. tidak ada perhimpunan pagi di padang basketball,serta tidur lewat malam menyiapkan khemah untuk hari sukan. kepada saudara Mus, masih lagi tidak kesampaian hajat untuk  makan burger tc di atas tembok star. juga tiada lagi pesanan benteng mahupun berlari ke kelas prep dan tidur sehingga mencipta peta dunia di atas buku rujukan.... 


"Sesiapa menempuh suatu jalan untuk mencari sesuatu ilmu pengetahuan di situ, maka Allah akan memudahkan untuknya suatu jalan untuk menuju syurga."(HR Bukhari)

 "Dan sesungguhnya para malaikat meletakkan sayap-sayapnya kepada orang yang menuntut ilmu itu, karena redha sekali dengan apa yang dilakukan oleh orang itu." (Riwayat Abu Dawud dan Termidzi)

“Tuntutlah ilmu walau ke negeri Cina”

walaupun jauh sekali hendak sampai ke CHINA, tapi bumi STAR banyak mengajar kami ilmu dunia dan akhirat. 
Terima kasih kepada guru-guru dan jgak alma meter ini..


Isnin, 24 Oktober 2011

Travellog : INDAH bUMI TUHAN- Roadtrip Timah Tasoh

Alhamdulillah..cuti yang tak ditunggu menjelma jgak
lepas bukit wang, batu hampar n lata bayu
trip seterusnya ke Negeri Perlis Darul Sunnah
bermula dgan ajak-ajak ayam...last2 bru terfikir nak adakan trip ni
masih tak lekang dengan hobi mmancing...walaupun memancing pun tak brapa nak reti


dengan kalimah bismillah kami mulakan perjalanan kami merentasi bumi Utara ini
Bermula dengan rumah saudara Syafwan, kemudian ke Hutan Lipur Bukit Ayer, seterusnya berkhemah di Tasik Timah Tasoh and of course memancing.... keesokan harinya ke Gua Kelam...akhir sekali masing2 habiskan dkat Padang BEsar


HARI PERTAMA
Menjerat Udang Padang Di Telaga

Kononnya nak memancing ikan belida, kami menjelajah mencari umpan udang sawah
lokasinya di Kg Asun(hujung umah Syafwan Omar)....
dulu2 mmg senang nak jumpa udang ni...tapi skrg sangat jarang
salah satu makhluk ALLAH yg tgh kepupusan...
so... telaga sawah mmg lokasi sesuai nak cari makhluk ni
waktu ni semua tgh eksited lagi...org puteh cakap fresh spirit





Hutan Lipur Bukit Ayer


dah penat2 tangkap udang yang tak seberapa ekor tu..
kami terus mnuju ke Air Terjun Bukit Air. First time dalam idup sampai sini....
tempat cantik... antara kawasan air terjun terbersih....
satu perkara yang pelik pasal tempat ni
batu kat air terjun ni tak licin langsung...
siap boleh panjat mcam spiderman lagi...
skali imbas mmg majestic betul ciptaan ALLAH ni..
kdg2 kita tak sedar ada lgi tempat yg cantik ALLAH simpan untuk kita....



Tasik Timah Tasoh


pas bermandi manda kat hutan lipur( walaupun tak brapa nak mandi sebab tak reti berenang)
akhirnya smpai jgak kat Tasik buatan manusi ni.... cantik jgak tempat ni... dikelilingi gunung.... 
Camp site pertama jumpa kami jumpa agak menarik tapi....
haa... ni lah tempat dia....
tapi.....
nak dijadikan cerita, depan tempat  kami ambil gambar tu kubur lama....
meremang bulu roma kejap...
seb baik park keta je, tak khemah kat situ....
akhir skali, masing2 putuskan  nak sewa tapak di timah tasoh lake resort...
tempat dia cantik...tapi byak sisa kumbahan kerbau dan lembu....naseb baik gajah pnye tak ade
makhluk tuhan yg tgah jiwa kacau

ni lah padang  ragut tu.... Masyaallah,...mcam dkat new zealand

ni hadapan khemah...spot untuk memancing.menhadap kesana seberang tasik sana adalah tanah perkuburan tempat kami first2 nak camp.

tgh btungkus lumus nak pasang khemah

ni lah rupa camp bila dah abis settle...


Memancing...


ni first time betul2 mamancing sem ni
men redah je...org ckap kat sini best...
pendaratan ikan pertam : sepesis ikan terbanyak kat tasik ni...
mungkin satu2nya spesis di sini sebab ikan ni je kami bjaya tangkap....
gelagat 'comel ' zakuan

quatermaster: masak mee segera je. terima kasih kepada emak syafwan omar
kerana sanggup meminjamkan  periuk nasinya utk diguna semas camping

sosej meletup....untuk desert....
HARI KEDUA


Selepas semalaman memancing
siap repack jam 10 untuk bertolak ke hutan lipur gua kelam,, dan padang besar
Alhamdulillah semalaman camping takde perkara buruk jadi... walaupun petang tu kerbau dan lembu byak kat situ dan terserempak dgan ular air......






Menyelusuri Keindahan Gua Kelam


Last sampai dulu masa tadika...dulu dan sekarang jauh beza
First time masuk gua...takut jugak kalau tiba-tiba runtuh....
saat kami datang mmg sangat kelam gua ni, sebab sumber eletrik rosak...
tapi mmg pengalaman berharga bersama rakan2 jalan2 tgok kebesaran Allah S.W.T ni...


sempat mandi di air terjun buat kali kedua lepas bukit ayer


Singgahan sebentar...

pas singgah di gua kelam kami terus ke padang besar untuk bli cenderamata sebarang dua.... 
seterusnya terus pulang ke IPDa
Alhamdulillah...kami tiba di IPDA tanpa sebarang masalah...
sempat bergambar di ladang tebu perlis..

Ramai kita tak sedar... kita tinggal di negara yang hampir lengkap segalanya....
sesungguhnya bersyukurlah kerana ALLAH S.W.T beri kita kesempatan untuk rasa nikmat ni...



Allah subhanahu wata’ala berfirman:
Dan katakanlah, "Segala puji bagi Allah, dia akan memperlihatkan kepadamu tanda-tanda kebesaran-Nya, maka kamu akan mengetahuinya. Dan Tuhanmu tiada lalai dari apa yang kamu kerjakan." (QS. An-Naml: 93)


Ahad, 16 Oktober 2011

PESAN IMAM AS-SYAFIE Rahimahullah...


Imam As-Syafie banyak memberi pedoman dalam memilih kawan. Beliau juga mengakui sukar mencari sahabat sejati yang mahu berkongsi suka duka bersama. Ketika menilai sahabat sejati pada waktu susah, katanya:
“Kawan yang tidak dapat dimanfaatkan ketika susah lebih mendekati musuh daripada sebagai kawan. Tidak ada yang abadi dan tidak ada kawan yang sejati kecuali yang menolong ketika susah. Sepanjang hidup aku berjuang bersungguh-sungguh mencari sahabat sejati hingga pencarianku melenakanku. Ku kunjungi seribu negara, namun tidak satu negara pun yang penduduknya berhati manusia”.


Imam As-Syafie turut meminta kita berhati-hati memilih sahabat kerana sahabat yang baik akan membawa ke arah kebaikan dan begitu sebaliknya. Katanya:
“Jika seseorang tidak dapat menjaga nama baiknya kecuali dalam keadaan terpaksa, tinggalkanlah dia dan jangan bersikap belas kasihan kepadanya. Banyak orang lain yang dapat menjadi penggantinya. Berpisah dengannya bererti istirehat.
Dalam hati masih ada kesabaran buat kekasih, meskipun memerlukan daya usaha yang keras. Tidak semua orang yang engkau cintai, mencintaimu dan sikap ramahmu kadangkala dibalas dengan sikap tidak sopan. Jika cinta suci tidak datang daripada tabiatnya, tidak ada gunanya cinta yang dibuat-buat.
Tidak baik bersahabat dengan pengkhianat kerana dia akan mencampakkan cinta setelah dicintai. Dia akan memungkiri jalinan cinta yang terbentuk dan akan menampakkan hal yang dulunya menjadi rahsia.
Seseorang itu juga dapat menundukkan musuhnya dengan menunjukkan rasa persahabatan”.
Imam As-Syafie dalam hal ini berkata:
“Ketika aku menjadi pemaaf dan tidak mempunyai rasa dengki, hatiku lega, jiwaku bebas daripada bara permusuhan.
Ketika musuhku berada di hadapanku, aku sentiasa menghormatinya. Semua itu kulakukan agar aku dapat menjaga diriku daripada kejahatan.
Aku nampakkan keramahan, kesopanan dan rasa persahabatanku kepada orang yang kubenci, seperti aku nampakkan hal itu kepada orang yang kucintai.”

Sabtu, 15 Oktober 2011

Antara Sedar Atau Tidak

Semalam
Sarapan - nasi lemak
Tengahari - nasi+ayam+cendawan goreng
Petang - Maggi Goreng cup + Bubur Ayam
Malam - Nasi Kawin


Cam tak percaya je ak makan suma tu...
Berat tak naik-naik jgk pun


Akibatnya:
pagi esok - sakit satu bdan
Tido dari kul 8 sampai kul 11
smbg tido pas solat jmaat smpai kul 6
Tenuk pun kalah camni
Hadoi....teruk betul hidup zaman skrg

Tadi semak balik.....

Dalam kitab Minhajul 'Abidin, Imam Ghazali r.a menjelaskan bahawa terdapat beberapa kesan buruk akibat terlalu banyak makan atau minum iaitu:
1) Hati akan menjadi keras yang menyebabkan seseorang itu sukar untuk melaksanakan perkara-perkara kebajikan.
2) Mendorong tubuh badan manusia untuk cenderung ke arah kejahatan.
3) Menghakis kecerdikan dan kepintaran seseorang.
4) Menjadi malas kerana terlalu kenyang dan badan menjadi lemah.
5) Menghalang kekusyukan dalam beribadat.
6) Menyukarkan saat-saat kematian (sakaratul maut)
7) Melemahkan hati.
8) Mengurangkan pahala amalan untuk hari akhirat.
9) Boleh menyebabkan kesulitan ketika dihisab.
Hadoi.... malam ni melantak nasi ayam dgn burger plak... bila laa nak sedar ni nye pun...

Jumaat, 14 Oktober 2011

Assalamualaikum...

Erm... siap jgak... kepada sahabat-serabutku
akhirnya siap jgak blog baru ni....

aiseyh...sedar tak sedar dah dekat 6 minggu abis kat kat Ipda ni
ni bru berkesempatan nak tulis blog...