Jumaat, 28 Oktober 2011

TERMENUNG SEJENAK TERINGAT dari BENTENG ke TEmbok S.T.A.R



BILA ORANG LAIN BALIK BERCUTI KE KAMPUNG, BLOK JADI SUNYI SEPI.. TERINGAT BALIK KENANGAN INDAH, PERIT, PAHIT DAN MANIS DEKAT S.T.A.R DULU. HAISH...MACAM-MACAM....





GANG...GANG...GANG
(bunyi abang akmal hashim, timbalan ketua umum, ketuk loker blok putih aras tanah)

kring...kring...kring...
( bunyi kunci kereta Waja cikgu Izaheri... warden yang garang dan guru sejarah terbaik kami.. walaupun hanya perlahan tapi cukup menakutkan )

 kemudian "sorong papannnnn,tarik papannnnnnn...buah keranjiiii dalam perahuuuu.suruh makannnnn,dia makannnnnn.suruh bangun subuh,dia tak mahuuuuu!!!" 
Xpun ungkapan ni – “saya kira sampai tiga, tak turun katil jaga….”
( dengan suara sengaunya Cikgu Shahnun. A.k.a Anja Asmara. guru teraktif yang STAR pernah ada... kerana beliau jugalah kami selalu nyorok bawah katil ataupun belakang loker)
kelakar jugak bila teringat warden wanita, cik rossaliza....datang mengejut junior yang tidur dgan keadaan terbuka dan terdedahnya... kelam kabut cari selimut... yang dah terbang ke kawan sebelah...

TANG...taNG...taNG
(unik dan pelik.. bunyi cikgu saifullah ali jobran dengan kayu kriketnya ( maaf kerana kami pernah menggelarkan anda "jogras"). Macam nak runtuh katil double decker kami...)
pernah jugak beliau bawa spray air sejuk... ibarat terkena renjutan 10 000 volt elektrik.. pernah jugak badan basah lencun macam baru lepas berenang kuak kupu-kupu sebab  disimbah pakai cebok...
tetapi yang paling menakutkan

SIIUT....SIIUT...... bunyi desiran rotan
 (cikgu Kamaruddin.. PK HEM paling grang dalam sejarah (c ode name RINGGO ) dengan rotan satu meternya... mengopak mimpi indah kami... anehnya.. kami hanya terjaga bila rotan menjengah ke tapak kaki.... maka kemudian kelihatanlah penghuni rumah hitam lari bertempiaran menuju ke surau al-hamdaniah.. 
Tiba di surau al hamdaniyah masing kembali  bertongkat dagu tidur.. kadang2 air liur mengalir mcam sungai Ipoh yg bertoksik….)

Masih terngiang-ngiang sehingga sekarang, terkadang motosikal pak guard lalu lalang di blok L1 disangka warden...
kita memang benci satu ketika dulu, tapi sangat lucu bila terkenang balik.....

Walaupun 5 tahun hidup yang dissangka perit kami gagah lalui...skrg rasa rindu kembali saat tu... 
tahun pertama di rumah putih.. cantik tapi penuh misteri... di sini mula belajar berdikari.. bersama abg2 prefect yg garang
tahun kedua di rumah hijau, asrama tinggalan. kelihatan seperti markas tentera jepun yang rongak tingkap nya dah roboh pintunya ... 

foto daripada afdholl. kelihatan blok hijau di tengah diapit blok putih di kiri dan blok  kuning di kanan..masih lagi kukuh slepas separuh abad

tahun ketiga dan keempat kembali sistem rumah sukan inggeris... berpindah jauh ke blok yg satu ketika dahulunya amat ditakuti oleh junior..blok hitam dan biru. mula terasa apa itu seniority. mula terdedah kepada aktiviti fly dan sebagainya.
 tahun kelima merupakan alam indah bagi kami...ditempatkan di bungalow ( blok f1)
tiada lagi kongkongan.. tiada lagi bertentang mata dengan senior.

Penyakit "fly". boleh dikatakan tiada student yang terkecuali... walaupun ketua umum dan president badan pelajar islam dan juga pengerusi masjid. masing2 sukakan kejutan adrenalin di kala keluar mahupun terserempak warden yg lepak-lepak di taman chempaka.
hari terakhir bergelar pelajar -
bersama mus,maw dgn rakan bungalow  fly ke Kinta City










Mcm2 perkara aneh kita lalui.... berjalan di kota ipoh sekitar jam 3 pagi...di kejar anjing semasa fly... terpaksa menghadap hidangan ikan keramat setiap mggu... berebut tempat semasa makan beradap... 
masih lagi teringat abg adam effendy.. ketua umum terbaik bagi kami.. memberi ceramah..  pelajar form 5 sendiri hormat ketika  beliau sampaikan kuliah maghrib




gelanggang basket - tapak perhimpunan -
lokasi pelajar ditahan kerana tiada nametag
Outing dan inspection...
 bagi penghuni all boys school ni...

sangat tertunggu-tunggu waktu outing..satu-satunya waktu bersuka ria

sering menghantar spy bagi menyelidik siapa gerangan warden yang akan melakukan inspection. pernah semasa f1 dan f2, aktiviti lari 50 round menjadi agenda selepas inspection semasa pemerintahan ayahanda tuan haji ariffin... 

Sebenarnya semua kita sentiasa masuk ke alam baru... alam nilah yang mengajar kita baik dan buruk. pahala dan dosa. alam ini jugalah yang mengajar kita menghadapi segala macam masalah sendirian tanpa ibu-bapa...
ramai jugak yang jatuh, ada juga yang tersungkur.... alhamdulillah, 5 tahun belajar di S.T.A.R ajar ak berjuta perkara baru....di sini jgak kita  belajar melindungi rakan-rakan.kita belajar menyayangi sesama saudara. masa-masa ni mmg senang leka.... solat mmg selalu tinggal.. tapi sekarang syukur... kita sedar dan berubah....

Starian 048 - masing2 telah berpecah bertebaran mencari ilmu di bumi Allah
Apa yang pasti,waktu subuh kini tidak ada lagi jeritan warden.tidak ada bunyi siren pada pukul 11.30 malam.tidak ada padang luas terbentang dan bau bubur chacha di dining hall. tidak ada perhimpunan pagi di padang basketball,serta tidur lewat malam menyiapkan khemah untuk hari sukan. kepada saudara Mus, masih lagi tidak kesampaian hajat untuk  makan burger tc di atas tembok star. juga tiada lagi pesanan benteng mahupun berlari ke kelas prep dan tidur sehingga mencipta peta dunia di atas buku rujukan.... 


"Sesiapa menempuh suatu jalan untuk mencari sesuatu ilmu pengetahuan di situ, maka Allah akan memudahkan untuknya suatu jalan untuk menuju syurga."(HR Bukhari)

 "Dan sesungguhnya para malaikat meletakkan sayap-sayapnya kepada orang yang menuntut ilmu itu, karena redha sekali dengan apa yang dilakukan oleh orang itu." (Riwayat Abu Dawud dan Termidzi)

“Tuntutlah ilmu walau ke negeri Cina”

walaupun jauh sekali hendak sampai ke CHINA, tapi bumi STAR banyak mengajar kami ilmu dunia dan akhirat. 
Terima kasih kepada guru-guru dan jgak alma meter ini..


Tiada ulasan:

Catat Ulasan