BILA ORANG LAIN BALIK
BERCUTI KE KAMPUNG, BLOK JADI SUNYI SEPI.. TERINGAT BALIK KENANGAN INDAH,
PERIT, PAHIT DAN MANIS DEKAT S.T.A.R DULU. HAISH...MACAM-MACAM....
GANG...GANG...GANG
(bunyi abang akmal
hashim, timbalan ketua umum, ketuk loker blok putih aras tanah)
kring...kring...kring...
( bunyi kunci kereta
Waja cikgu Izaheri... warden yang garang dan guru sejarah terbaik kami..
walaupun hanya perlahan tapi cukup menakutkan )
kemudian "sorong papannnnn,tarik papannnnnnn...buah keranjiiii dalam
perahuuuu.suruh makannnnn,dia makannnnnn.suruh bangun subuh,dia tak mahuuuuu!!!"
Xpun ungkapan ni – “saya kira sampai tiga, tak turun katil
jaga….”
( dengan suara
sengaunya Cikgu Shahnun. A.k.a Anja Asmara. guru teraktif yang STAR pernah
ada... kerana beliau jugalah kami selalu nyorok bawah katil ataupun belakang
loker)
kelakar
jugak bila teringat warden wanita, cik rossaliza....datang mengejut junior yang
tidur dgan keadaan terbuka dan terdedahnya... kelam kabut cari selimut... yang
dah terbang ke kawan sebelah...
TANG...taNG...taNG
(unik
dan pelik.. bunyi cikgu saifullah ali jobran dengan kayu kriketnya ( maaf
kerana kami pernah menggelarkan anda "jogras"). Macam nak runtuh
katil double decker kami...)
pernah
jugak beliau bawa spray air sejuk... ibarat terkena renjutan 10 000 volt elektrik.. pernah jugak badan basah lencun macam baru lepas berenang kuak kupu-kupu sebab disimbah pakai cebok...
tetapi yang paling
menakutkan
SIIUT....SIIUT...... bunyi desiran rotan
(cikgu
Kamaruddin.. PK HEM paling grang dalam sejarah (c ode name RINGGO ) dengan rotan
satu meternya... mengopak mimpi indah kami... anehnya.. kami hanya terjaga bila
rotan menjengah ke tapak kaki.... maka kemudian kelihatanlah penghuni rumah
hitam lari bertempiaran menuju ke surau al-hamdaniah..
Tiba di surau al
hamdaniyah masing kembali bertongkat
dagu tidur.. kadang2 air liur mengalir mcam sungai Ipoh yg bertoksik….)
Masih terngiang-ngiang
sehingga sekarang, terkadang motosikal pak guard lalu lalang di blok L1 disangka warden...
kita memang benci satu
ketika dulu, tapi sangat lucu bila terkenang balik.....
Walaupun 5 tahun hidup
yang dissangka perit kami gagah lalui...skrg rasa rindu kembali saat
tu...
tahun pertama di rumah
putih.. cantik tapi penuh misteri... di sini mula belajar berdikari.. bersama
abg2 prefect yg garang
tahun kedua di rumah
hijau, asrama tinggalan. kelihatan seperti markas tentera jepun yang rongak
tingkap nya dah roboh pintunya ...
![]() |
| foto daripada afdholl. kelihatan blok hijau di tengah diapit blok putih di kiri dan blok kuning di kanan..masih lagi kukuh slepas separuh abad |
tahun ketiga dan keempat
kembali sistem rumah sukan inggeris... berpindah jauh ke blok yg satu ketika
dahulunya amat ditakuti oleh junior..blok hitam dan biru. mula terasa apa itu
seniority. mula terdedah kepada aktiviti fly dan sebagainya.
tahun kelima
merupakan alam indah bagi kami...ditempatkan di bungalow ( blok f1)
tiada lagi kongkongan..
tiada lagi bertentang mata dengan senior.
Penyakit
"fly". boleh dikatakan tiada student yang terkecuali... walaupun
ketua umum dan president badan pelajar islam dan juga pengerusi masjid. masing2
sukakan kejutan adrenalin di kala keluar mahupun terserempak warden yg
lepak-lepak di taman chempaka.
![]() |
| hari terakhir bergelar pelajar - bersama mus,maw dgn rakan bungalow fly ke Kinta City |
Mcm2 perkara aneh kita lalui.... berjalan di kota ipoh sekitar jam 3 pagi...di kejar anjing semasa fly... terpaksa menghadap hidangan ikan keramat setiap mggu... berebut tempat semasa makan beradap...
masih lagi teringat abg
adam effendy.. ketua umum terbaik bagi kami.. memberi ceramah.. pelajar
form 5 sendiri hormat ketika beliau sampaikan kuliah maghrib
| gelanggang basket - tapak perhimpunan - lokasi pelajar ditahan kerana tiada nametag |
Outing dan inspection...
bagi penghuni all
boys school ni...
sangat
tertunggu-tunggu waktu outing..satu-satunya waktu bersuka ria
sering menghantar
spy bagi menyelidik siapa gerangan warden yang akan melakukan inspection.
pernah semasa f1 dan f2, aktiviti lari 50 round menjadi agenda selepas
inspection semasa pemerintahan ayahanda tuan haji ariffin...
Sebenarnya semua kita
sentiasa masuk ke alam baru... alam nilah yang mengajar kita baik dan buruk.
pahala dan dosa. alam ini jugalah yang mengajar kita menghadapi segala macam
masalah sendirian tanpa ibu-bapa...
ramai jugak yang jatuh,
ada juga yang tersungkur.... alhamdulillah, 5 tahun belajar di S.T.A.R ajar ak
berjuta perkara baru....di sini jgak kita belajar melindungi
rakan-rakan.kita belajar menyayangi sesama saudara. masa-masa ni mmg
senang leka.... solat mmg selalu tinggal.. tapi sekarang syukur... kita sedar
dan berubah....
![]() |
| Starian 048 - masing2 telah berpecah bertebaran mencari ilmu di bumi Allah |
Apa yang pasti,waktu
subuh kini tidak ada lagi jeritan warden.tidak ada bunyi siren pada pukul 11.30
malam.tidak ada padang luas terbentang dan bau bubur chacha di dining
hall. tidak ada perhimpunan pagi di padang basketball,serta tidur lewat malam
menyiapkan khemah untuk hari sukan. kepada saudara Mus, masih lagi tidak kesampaian hajat untuk makan burger tc di atas tembok star. juga tiada lagi pesanan benteng mahupun berlari ke kelas prep dan tidur
sehingga mencipta peta dunia di atas buku rujukan....
"Sesiapa menempuh suatu jalan untuk mencari sesuatu ilmu
pengetahuan di situ, maka Allah akan memudahkan untuknya suatu jalan untuk
menuju syurga."(HR Bukhari)
"Dan sesungguhnya
para malaikat meletakkan sayap-sayapnya kepada orang yang menuntut ilmu itu,
karena redha sekali dengan apa yang dilakukan oleh orang itu." (Riwayat
Abu Dawud dan Termidzi)
“Tuntutlah ilmu walau ke negeri Cina”
walaupun jauh sekali hendak sampai ke CHINA, tapi bumi STAR
banyak mengajar kami ilmu dunia dan akhirat.
Terima kasih kepada guru-guru dan jgak alma meter ini..







