Selasa, 1 Julai 2014



Antara Huyan Dan Mimpy, Padang Bulan & Cinta di Dalam Gelas

Lepas Negeri 5 Menara dan Ranah 3 Warna, smbil menanti Rantau 1 Muara yang belum-belum ditranslasi lagi… hampir-hampir setahun tak ku jenguk arena ilmiah ni…
Mula2 minat baca dengan thriller sejarah trilogy Laksamana Sunan dan Bagaikan Puteri… err.. novel jiwang melayu… sory..tolak tepi… beralih pulak kepada semi-autobiography A.Fuadi… mengungkap kesusahan berjuang untuk hidup pada zaman kanak2.. dah jadi feveret ak plak lepas jemu dengan cerita thriller dan suspense ni. Selalu jugak auk bandingkan hidup aku dengan kanak2 dalam novel ni.. bayangkan aku seperti Lintang dalam tetralogy Laskar Pelangi ataupun Alif yang lahir di Desa Maninjau dalam Negeri 5 menara mahupun Boi dalam Cinta di Dalam Gelas.. walaupun kisahnya nyata jauh berbeza

Sekarang lepas setahun, terjumpa koleksi Adrea Hirata dan Nippan ni…



Dwilogi Karya Andrea Hirata… nama novelnya pun dah unik.. Cinta di Dalam Gelas dan juga Padang Bulan… bercerita bagaimana Enong yang kematian bapa dan hilang tempat bergantung… muncul sebagai pendulang wanita pertama dalam sejarah. Sambil di selang seli dengan cerita Boi dan Detektif M. Nur.
Kalau nak kata kita susah sebab kena pegi sekolah kayuh basikal, bayangkan bagaimana Boi dan Captain Chip kayuh basikal hampir 16 batu semata untuk menggunakan akses computer. Dalam ni jugak ada cerita macamana catur dijadikan liga semacam liga bolasepak EPL… main catur.. satu2nya permainan yg sampai sekarang aku tak faham lagi cara nak main… beza juga cara hidup org Indonesia ni dengan kita… walaupun masyarakat kampong jauh dari pembangunan tapi budaya harian macam masyarakat kelas pertama.. pakcik2 dekat semenanjung Malaya ni pun paling hebat main dam haji dekat kedai kopi ja.. walaupun kedai kopi sekarang banyak yang dah kena ganti kedai mamak… aspek ilmiah jgak sikit tinggi dalam ni yang kadang2 aku sendiri tak leh nak tangkap mesej novel ni.. kebangkitan Enong dalam Liga Catur sebagai the first ever woman player.. sedikit sebanyak mesejnya pasal gender2 inequality ni..




Dah abih khatam dua buku ni ak sambung dengan novel terjemahan dari Siam ni


Antara Huyan dan Mimpy.. boleh dikatakan novel terbaik dikeluarkan dari selatan Siam..
Kisahnya semacam sama. Masih berkisar dengan kesusahan duniawi mengejar ilmu dan mimpi..
Bercerita bagaimana Huyan yang kematian ibu terpaksa berhenti sekolah menjadi penjual aiskrim jalanan… setiap aiskrim hanya dapat 5 sen.. kerja separuh mati pun baru dapat dua ringgit sehari… hebat orang negeri luar.. kenapa kita kat sini malas sangat… ataupun kenapa aku ni malas sangat?? Corat coret hidup Huyan berubah dengan Mimpy… dari penjual aiskrim kepada penyeludup beras siam dekat sempadan Malaysia… bangga sekejap sebab Malaysia pun masuk dalam novel masyhur ni…


Kalau nak dibandingkankan kesusahan dekat negeri kita jauh beza dengan negeri orang.. Lintang sanggup kayuh basikal 70 km semata2 nak belajar… dekat negeri kita, ada bas berhawa dingin siap lagi pun anak2 malas nak pegi sekolah lagi.  

Teringat ayat dalam Surah Ar Rahman yang ustaz mokhtar selalu baca masa solat maghrib dekat STAR dulu-dulu.. tersengguk-sengguk masa solat sebab panjangnya bacaan dia...



          
 ”Maka nikmat Tuhanmu yang


 manakah yang kamu dustakan?

2 ulasan:

  1. novel thriller ramli awang mursyid mmg best..layan jugak ko ek novel tu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. hardcore fan jugak la.. tapi zaman sekolah dulu-dulu

      Padam