Jumaat, 8 Mei 2015

Bila Dah Besar Nanti...

Tengok-tengok balik.. banyak post pulak aku pasai kenangan silam.. boleh jugak kata most of my wonderful things happened to me when i was a child.


Banyak yang kita suka dalam dunia ini.. ada yang pada masa ini.. ada yang pada masa lepas.. mungkin ada yang pada masa depan.. ni nak cerita sket pasal sorang budak lelaki yang menjadi suria perkasa hitam tetapi berakhir dengan menjadi seorang guru.

Kita Kedewasaan

Bila kita kecik-kecik dulu, nk sangat jadi org besar.. nampak seronok alam dewasa ni.. boleh jalan jauh- jauh, boleh pergi kedai sendiri, nak pi kedai beli cikedis pun mak tak marah.. ada duit sndiri, boleh beli semua benda yang kita hanya mimpi boleh dapat. Well, that what we think about adulthood. 


Impian aku?


Terpengaruh dan terikut2 dengan abang kedua ak sorang. Jarak umur tak jauh buatkan ak senang nak ikut kemana.. kalau dia tak bagi, aku nanges kuat-kuat... selalu kena tinggal sebab mak tak bagi ikut.. semua yang abang ak buat ak ikut buat.. 
Dia minat ultraman ace, aku minat ultraman taro. Dia minat kesatria baja hitam, aku pun ikut sama minat jugak. Dia ada kereta dashankuro emperor.. aku pun tak ketinggalan beli kereta dash shooting star.. senang kata semua benda ak terikut dia.. 





Kami berenggang bila dia sibuk dengan SPM, kemudian Matrikulasi... University.. Masa tu jugak ak dihantar ke Asrama Penuh.. setahun boleh hitung dengan jari berapa kali kami dapat jumpa.. Still, aku masih terikut-ikut dengan dia.. Bila dia berpeluang untuk sambung belajar dalam bidang Kejuruteraan Kimia.. Aku pun minat yang sama.. Berangan-angan nak sambung belajar dalam bidan Kejuruteraan Biotech. Kalau orang lain boleh kata idola diorang orang-orang hebat macam Dr. M, Nelson Mandela, Bill Gates.. Tapi aku, simple.. Idola aku adalah abang aku sorang ni... Boleh kata orang dia adalah role model aku.
Return to 1996 - abg nizam, abg pit, mat not, dan aku..

Tapi bukan semua yang kita hajati dipenuhi.. Perancangan Allah lebih hebat.. entah macam mana aku boleh tercampak dalam profesyen keguruan ni..  lari terus dari trek cita-cita aku... 

6 tahun berlalu ibarat macam makan kuaci.. ngap2.. tahu2 dah habis sebungkus.. aku termenung lagi.. biar betul semua ni.. dah habis.. dah masuk alam dewasa..
Betul ke alam dewasa ni macam yang kita bayangkan dulu.. seronok, bebas, ada duit banyak.. boleh merantau mana2 yg kita suka..
Satu benda yang tak akan kanak2 pikir bila meningkat dewasa adalah tanggungjawab.mereka tak tahu apa itu tanggungjawab, tak tahu beratnya tanggungjawab.. tak tahu betapa susahnya nak mencari rezeki..

3 bulan abis belajar.. masih terawang-awang lagi.. kemana hala hidup ak ni.. orang lain dh berkeluarga.. ak sesen pun tak dapat cari sendiri lagi.. hati dan otak sama-sama berfalsafah.. pikirkan tujuan utama hidup ni... aku yang ak cari dalam hidup ni..

Bila tanya byk org.. byk jawapan yang ak dapat.. antaranya.. nk cari duit.. nak berkeluarga.. nak tambah lagi ilmu, sambung master, doktor... ada jugak ckp nk mengejar akhirat..
Aku masih lagi terpinga-pinga... apa sebenarnya yang kita kejar dalam hidup ni?

Duit? Pangkat? Harta? Keluarga
"Ketahuilah, bahwa Sesungguhnya kehidupan dunia Ini hanyalah permainan dan suatu yang melalaikan, perhiasan dan bermegah- megah antara kamu serta berbangga-banggaan tentang banyaknya harta dan anak, seperti hujan yang tanam-tanamannya mengagumkan para petani; Kemudian tanaman itu menjadi kering dan kamu lihat warnanya kuning Kemudian menjadi hancur. dan di akhirat (nanti) ada azab yang keras dan ampunan dari Allah serta keredhaan-Nya. dan kehidupan dunia Ini tidak lain hanyalah kesenangan yang menipu." – Al hadid [57:20]


Rindunya zaman budak2 dulu2. Main selut, muka berlemoih, baju lusuh, seluar terkoyak, berbasikal buruk.... tak dak sapa pun yg kesah... 

1 ulasan:

  1. Well said!
    Menjadi diri sekarang yg tak pernah kita impikan, tak pernah masuk dlm list,- memang best kn? Kerja Tuhan siapa tahu..

    BalasPadam